Isnin, 19 Ogos 2013

Luka Ceaser Bernanah ?

Assalamualaikum and Salam Syawal !

Sejak dah jadi ibu ni dah tak banyak masa nak berblog dah . Lagipun saya berpantang kat kampung , rumah mak tak ada internet connection pulak dah :') . So , bila curi - curi masa balik rumah sendiri ni lah baru ada masa nak berblog bagai . Sebelum tu nak jugak ucap Selamat Hari Raya and Maaf Zahir dan Batin 🙏 . Ok , berbalik pada tajuk pasal luka ceaser bernanah nih , saya nak kongsikan sikit pengalaman saya ni . 

Sedih betul bila pagi raya pertama saya ada check up dekat Klinik Kesihatan 😭. Nurse onduty check jahitan ceaser saya , dia kata ok . Tapi saya mengadu kat dia cakap hujung jahitan sebelah kiri ni macam bengkak sikit . Dia pun kata kulitnya nampak bengkak sikit and merah . Then , dia suruh saya pergi hospital or klinik swasta kalau rasa sakit dekat bahagian tu . At first , saya fikir thats normal lah kan sebab luka kan mesti ada kesan sikit . Tapi dalam pukul 7 petang , saya baring kat ruang tamu , tangan ni gatal lah pegang bahagian bengkak tu . Saya rasa macam ada air and melekit . Saya lap pakai tisu macam nanah . Ya Allah , tuhan jelah tau macam mana perasaan macam tu . Dah lah malam syawal pertama and ramai orang datang beraya . Saya menangis masa tu sebab takut . Rasa trauma bersalin masih ada . Huhu :')

Saya terus ajak hubby pergi hospital . Sampai lebih kurang pukul 9 dekat wad kecemasan . Menunggu hampir 4 jam , baru dapat jumpa doktor . Doktor cakap ada maybe ada infection and dia suruh saya pergi ke dewan saringan bersalin untuk jumpa doktor kat situ . Saya tanya , kena masuk wad ke . Dia cakap yes , and maybe kena bukak jahitan tu semula , dressing sampai infection tu baik and jahit balik . Ya Allah , dalam lif ke dewan saringan tu tumpah lagi air mata ni . Rasa takut , trauma semua ada . 

Dekat dewan saringan bersalin , saya jumpa balik dengan doktor yang VE saya masa bersalin hari tu . Dia tekan bengkak tu , serius leaking katanya . Tapi dia kata takde pun terbuka jahitan macam doktor wad kecemasan cakap . Ada gap kecik 0.5 cm je katanya . Dia rujuk lagi 2 doktor , dorang kata dressing je and cover antibiotik . Saya tanya kena masuk wad ke ? Dorang cakap tak perlu . Tapi kena dressing dekat klinik hari-hari . Ahhh leganya ... Esoknya , saya pergi dressing dekat klinik Rozikin . Klinik Kesihatan tak bukak sebab masih raya kan . Doktor cakap benda ni common . Memang ramai ada masalah macam ni . Dia offer antibiotik yang lebih baik . Dia cakap kalau antibiotik sesuai dalam masa 3 hari dah baik . And dia bagi ubat sapu , ubat cuci , gauze and tape untuk saya dressing sendiri kat rumah . Ahh lagi senang daripada nak pergi klinik hari-hari kan . Hari pertama and kedua still banyak lagi nanah keluar , masuk hari ketiga dah tinggal sikit . Masuk hari keempat terus kering . 

Luka ni kena jaga baik-baik . Masa mandi kena air pun takpe . Tapi lepas mandi , kena lap kering-kering , cuci pakai ubat yang doktor bagi or air mineral pun boleh , sapu ubat and cover pakai gauze . Tapi selalunya doktor tak bagi banyak , so kena beli sendiri dekat farmasi . Lepas luka ni baik , melecet lah pulak sebab tape tu melekat habis . Sakit betul masa nak tanggalkan . Sehari dressinglah dua kali , pagi and petang or malam . In shaa Allah , dalam masa 3,4 hari dah baik . Doktor Klinik Rozikin tu pun cakap , selalunya kalau jahitan terbuka sikit , dia takkam jahit semula sebab masa ceaser doktor akan jahit berlapis-lapis . So , even kulit luar terbuka , kulit yang dalam dah bercantum . Memng rasa takut sangat bila benda ni jadi , sebab sedara sekeliling semua bersalin normal , kalau ada pun yang ceaser dorang tak pernah alami luka ceaser bernanah ni . So , actually saya nak tekankan , takde apa pun . Just kena pergi check , dressing dengan betul and banyakkan berehat . 

With Love ,
XOXO , RA

Muka takut dekat wad kecemasan HSI 😰

9 ulasan:

  1. Sis.. antibiotics apa yg doktor bg sis.. sya jahitan tbuka.. then p hospital doktor bg buka lg jahitan yg lain.. admitted hospital 3mlm masuk antibiotics n pastu keluar cuci sdiri kat rumah.. tp smp skrg luka still x lekat.. da dkt 1 bulan..😭😭

    BalasPadam
  2. Sis.. antibiotics apa yg doktor bg sis.. sya jahitan tbuka.. then p hospital doktor bg buka lg jahitan yg lain.. admitted hospital 3mlm masuk antibiotics n pastu keluar cuci sdiri kat rumah.. tp smp skrg luka still x lekat.. da dkt 1 bulan..😭😭

    BalasPadam
  3. Sy pun berdarah dan bernanah...trima kasih sis..lega sikit dengar...smlm br perasan ada nanah ..hrni nak pegi klinik

    BalasPadam
  4. Saya pon ade msalah cmney,, tmpt ceaser terbuka n nmpk dging luar,, bnde tuh biase kee,, ade sapesape yg pernah alami

    BalasPadam
  5. Sy pnya nanah dh 14 hari...msih xbaik2...doktor dh bg antibiotik dn ubat sapu... So lucky 4 hari dh settle sis..

    BalasPadam