November 2012 : 4 Bulan Selepas Bernikah
So , nak dipendekkan cerita , dalam seminggu dua lepas saya on duty dekat bookfair kedai buku tempat saya kerja , saya start rasa nak pitam kalau berdiri lama . Saya ada jugak muntah2 tapi taklah kerap . Masa tu macam terfikir jugak , preggy ke saya ni ? So , nak dijadikan cerita saya pon PAKSA lah hubby dpegi beli pregnant test kat 7Eleven . Tak rela betul muka dia masa tu . Haha ;DThen , balik tu cepat-cepatlah test kan . Tapi hampess sebab -ve . Hubby ada tegur macam ada double line . Tapi samar-samar . Saya taknak lah dia berharap sangat so saya cakap dekat dia " taklah , memang -ve . Bukan rezeki kita lagi " Nampak sangat muka dia kecewa kan . Apa den nak buekk :')
Dalam masa seminggu tu , saya suka betul makan NANAS tau . Kalau jumpa pakcik kemboja yang jual nanas keliling kampung tu , saya boleh beli and habiskan sampai 3 bungkus ! Hari-hari pun tekak nak makan pizza hawaiian chicken je . Haishh .. Masa tu memang tak fikir ape lah sebab tak tau kita preggy , buat test pon -ve , so bantai je lah kan ! -,-
At the same time , ecewahh speaking , haha :) saya still rasa tak sedap badan , rasa nak pitam and muntah2 . Bila dah jadi makin teruk sampai manager pun tegur , dia bagi saya surat pegi check kat panel klinik . Klinik ni pon bijak jugak keruk duit kan , doktor tu syorkan saya buat pregnancy test lagi , tapi tambah duit sendiri (-..-) grrrr ... padahal dia dah charge company , tapi still nak charge kita lagi . Ngekk betul !
Bincang dengan hubby , dia kata buat je lah kan . Ishh , tak best betul bagi dia harapan ni . Kalau -ve lagi tak sampai hati betul nak menghadap muka kecewa dia :'3 So , at last buat jugak . Pembantu klinik buat urine test and still dia cakap " -ve lah doktor " . Haihh kecewa lagi :( Tapi , tiba-tiba .... Jengjengjeng
Ceh , cam suspen sangat pulak eh . Haha :) Sebelum dia nak buang pregnancy test tu , dia cakap dekat doktor tu " tapi doktor macam ada double line samar-samar lah " . Dia amik benda tu and bagi doktor tengok . Doktor tu senyum , and akhirnya keluarlah kata-kata keramat dia yang buatkan saya menangis . HAMPIR ye , tak nangis lagi . Haha :) Doktor tu cakap " lah , ni maknanya awak memang pregnant ! Tahniah ! Kadang-kadang urine kita cair so tak dapat accurate result " Alhamdulillah , Ya Allah .
Bila saya keluar daripada bilik doktor , hubby terus sibuk tanya result . At first , saya kononnya nak lah buat surprise , tapi yelah kan isteri mithali tak sampai hati nak tipu suami . Ahaks >,< So , saya cakaplah resultnya +ve and dia nangis . Ok taklah nangis meraung-raung , tapi mengalir lah jugak air mata jantan dia tu :') Akhirnya , saya dapat jugak buat dia happy kan . Just ralat sebab TERmakan banyak nanas and air gas dalam seminggu dua tu . Selamat tak jadi apa-apa .
So , that's my precious moment . What about yours ?
With Love , RA
XOXO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan