Isnin, 19 Ogos 2013

Luka Ceaser Bernanah ?

Assalamualaikum and Salam Syawal !

Sejak dah jadi ibu ni dah tak banyak masa nak berblog dah . Lagipun saya berpantang kat kampung , rumah mak tak ada internet connection pulak dah :') . So , bila curi - curi masa balik rumah sendiri ni lah baru ada masa nak berblog bagai . Sebelum tu nak jugak ucap Selamat Hari Raya and Maaf Zahir dan Batin 🙏 . Ok , berbalik pada tajuk pasal luka ceaser bernanah nih , saya nak kongsikan sikit pengalaman saya ni . 

Sedih betul bila pagi raya pertama saya ada check up dekat Klinik Kesihatan 😭. Nurse onduty check jahitan ceaser saya , dia kata ok . Tapi saya mengadu kat dia cakap hujung jahitan sebelah kiri ni macam bengkak sikit . Dia pun kata kulitnya nampak bengkak sikit and merah . Then , dia suruh saya pergi hospital or klinik swasta kalau rasa sakit dekat bahagian tu . At first , saya fikir thats normal lah kan sebab luka kan mesti ada kesan sikit . Tapi dalam pukul 7 petang , saya baring kat ruang tamu , tangan ni gatal lah pegang bahagian bengkak tu . Saya rasa macam ada air and melekit . Saya lap pakai tisu macam nanah . Ya Allah , tuhan jelah tau macam mana perasaan macam tu . Dah lah malam syawal pertama and ramai orang datang beraya . Saya menangis masa tu sebab takut . Rasa trauma bersalin masih ada . Huhu :')

Saya terus ajak hubby pergi hospital . Sampai lebih kurang pukul 9 dekat wad kecemasan . Menunggu hampir 4 jam , baru dapat jumpa doktor . Doktor cakap ada maybe ada infection and dia suruh saya pergi ke dewan saringan bersalin untuk jumpa doktor kat situ . Saya tanya , kena masuk wad ke . Dia cakap yes , and maybe kena bukak jahitan tu semula , dressing sampai infection tu baik and jahit balik . Ya Allah , dalam lif ke dewan saringan tu tumpah lagi air mata ni . Rasa takut , trauma semua ada . 

Dekat dewan saringan bersalin , saya jumpa balik dengan doktor yang VE saya masa bersalin hari tu . Dia tekan bengkak tu , serius leaking katanya . Tapi dia kata takde pun terbuka jahitan macam doktor wad kecemasan cakap . Ada gap kecik 0.5 cm je katanya . Dia rujuk lagi 2 doktor , dorang kata dressing je and cover antibiotik . Saya tanya kena masuk wad ke ? Dorang cakap tak perlu . Tapi kena dressing dekat klinik hari-hari . Ahhh leganya ... Esoknya , saya pergi dressing dekat klinik Rozikin . Klinik Kesihatan tak bukak sebab masih raya kan . Doktor cakap benda ni common . Memang ramai ada masalah macam ni . Dia offer antibiotik yang lebih baik . Dia cakap kalau antibiotik sesuai dalam masa 3 hari dah baik . And dia bagi ubat sapu , ubat cuci , gauze and tape untuk saya dressing sendiri kat rumah . Ahh lagi senang daripada nak pergi klinik hari-hari kan . Hari pertama and kedua still banyak lagi nanah keluar , masuk hari ketiga dah tinggal sikit . Masuk hari keempat terus kering . 

Luka ni kena jaga baik-baik . Masa mandi kena air pun takpe . Tapi lepas mandi , kena lap kering-kering , cuci pakai ubat yang doktor bagi or air mineral pun boleh , sapu ubat and cover pakai gauze . Tapi selalunya doktor tak bagi banyak , so kena beli sendiri dekat farmasi . Lepas luka ni baik , melecet lah pulak sebab tape tu melekat habis . Sakit betul masa nak tanggalkan . Sehari dressinglah dua kali , pagi and petang or malam . In shaa Allah , dalam masa 3,4 hari dah baik . Doktor Klinik Rozikin tu pun cakap , selalunya kalau jahitan terbuka sikit , dia takkam jahit semula sebab masa ceaser doktor akan jahit berlapis-lapis . So , even kulit luar terbuka , kulit yang dalam dah bercantum . Memng rasa takut sangat bila benda ni jadi , sebab sedara sekeliling semua bersalin normal , kalau ada pun yang ceaser dorang tak pernah alami luka ceaser bernanah ni . So , actually saya nak tekankan , takde apa pun . Just kena pergi check , dressing dengan betul and banyakkan berehat . 

With Love ,
XOXO , RA

Muka takut dekat wad kecemasan HSI 😰

Sabtu, 3 Ogos 2013

Muhammad Firash Ukasyah

Salam 1 Malaysia .

Wah , mood ceria je kan seminggu dah tak update blog nih . Dalam masa seminggu ni macam-macam yang jadi pada saya . And , alhamdulillah saya dah selamat melahirkan putera sulung saya , Muhammad Firash Ukasyah pada 29hb July / 20 Ramadhan pukul 11:06 malam hari tu . Ukasyah lahir seberat 3.3kg dan lahir secara ceaser . Baby tak nak keluar ikut pintu nak ikut tingkap , doktor cakap . Haha :) So , ni nak cerita sikit pengalaman bersalin ceaser saya ....

Pagi 28hb July 2013 , Ahad , 10:00 pagi saya dah pergi menyerah diri di Hospital Sultan Ismail . Orang ramai , so kena tunggu sampai pukul 11:30 baru saya di induce , masuk ubat dan 12:30 masuk wad . Saya dah mula rasa sakit contraction , tapi masih tak teratur sehinggalah petang suami datang melawat , barulah rasa sakit tu datang 5 minit sekali . Check bukaan rahim , hampa :( baru bukak 2 cm . Malam lebih kurang pukul 10 malam , check bukaan lagi , hampa juga :( still 2 cm .

Saya tak boleh tidur semalaman . Rasa sakit yang datang 5 minit sekali tu betul-betul mengganggu tidur saya . Dan akhirnya check bukaan sekali lagi pada pukul 7 pagi . Ya Allah , hampir bengkak miss V saya akibat proses VE yang berterusan . Hampa lagi dan lagi :( bukaan baru 3 cm . Tapi disebabkan saya dah terlalu sakit , doktor suruh bersedia bila-bila masa untuk ke labour room . Pukul 9 pagi , saya kehabisan air mineral and paksa suami datang hantar . Saya mula muntah-muntah . 9:30 pagi , nampak saja muka suami , blueeekkk , amik kau muntah hijau . Saya terus ditolak ke labour room .

Labour Room : 10:00 pagi . Ketuban saya dipecahkan . Saya di induce kali kedua . Bukaan dah 4 cm . Lailahaillah . Sumpah memang sakit masa doktor pecahkan ketuban tu . Dan bermula lah episod azab dalam hidup . Kesakitan yang sebelumnya memang dah tak tertahan , meningkat 3 kali ganda . Mulut saya tak habis-habis sebut subhanallah . Gas yang disediakan untuk buat rasa sakit berkurang memang dah tak mempan lagi bagi saya . Suami sampai menangis kat sebelah tengok keadaan saya . Menjelang petang , saya dah betul-betul tak tahan lagi . Rasa bersalah juga sebab sempat marah suami . Saya paksa dia jumpa doktor untuk terus operate saja sebab saya memang dah tak ada  tenaga . Bayangkan , saya sudah menanggung sakit daripada tengah hari semalam , tak tidur semalaman , and muntah hijau lagi pagi tu . Saya redha . Kesakitan yang saya rasa mungkin sebab besarnya dosa saya selama ni . :')

9:00 malam . Doktor pakar masuk . Saya kena check bukaan lagi . Bukaan baru 5cm . Ya Allah , sepanjang hari saya dah di VE lebih 4 kali . Saya betul-betul dah tahan lagi . Doktor pakar cakap , kalau pukul 10:00 malam , bukaan masih 5cm saya akan terus di ceaser . Satu jam tu saya rasa macam setahun . Finally , pukul 10:05 malam , saya kena VE lagi . Masih lagi 5cm . Doktor kedua pula nak double comfirm . Kat situlah yang saya hampir maki doktor tu . Dah takde bukaan tu sudah lah . Jangan seksa saya lagi . Saya dah betul-betul sakit . Doktor tu agak marah , tapi saya dah tak kesah sebab saya yang menanggung rasa sakit tu . 

10:15 malam . Saya dibawa ke bilik bedah . Sepanjang saya dibaw ke sana , saya terkencing-kencing menahan contraction tu . Akhirnya , saya dibius separuh badan . Dan alhamdulillah , pukul 11:06 malam , lahirlah putera sulung saya , Muhammad Firash Ukasyah . Saya hampir menangis bila dengar suara dia menangis sejurus dikeluarkan . Ya Allah , betapa syukurnya saya bila dah tengok wajah dia dalam keadaan mamai macam tu . Menggigil badan menahan sejuk . 12:30 pagi , saya dipindahkan ke wad . Alhamdulillah , semuanya selamat . So , ni lah dia gambar putera saya pada pagi dia dihantar pada saya . :)