Isnin, 19 Ogos 2013

Luka Ceaser Bernanah ?

Assalamualaikum and Salam Syawal !

Sejak dah jadi ibu ni dah tak banyak masa nak berblog dah . Lagipun saya berpantang kat kampung , rumah mak tak ada internet connection pulak dah :') . So , bila curi - curi masa balik rumah sendiri ni lah baru ada masa nak berblog bagai . Sebelum tu nak jugak ucap Selamat Hari Raya and Maaf Zahir dan Batin 🙏 . Ok , berbalik pada tajuk pasal luka ceaser bernanah nih , saya nak kongsikan sikit pengalaman saya ni . 

Sedih betul bila pagi raya pertama saya ada check up dekat Klinik Kesihatan 😭. Nurse onduty check jahitan ceaser saya , dia kata ok . Tapi saya mengadu kat dia cakap hujung jahitan sebelah kiri ni macam bengkak sikit . Dia pun kata kulitnya nampak bengkak sikit and merah . Then , dia suruh saya pergi hospital or klinik swasta kalau rasa sakit dekat bahagian tu . At first , saya fikir thats normal lah kan sebab luka kan mesti ada kesan sikit . Tapi dalam pukul 7 petang , saya baring kat ruang tamu , tangan ni gatal lah pegang bahagian bengkak tu . Saya rasa macam ada air and melekit . Saya lap pakai tisu macam nanah . Ya Allah , tuhan jelah tau macam mana perasaan macam tu . Dah lah malam syawal pertama and ramai orang datang beraya . Saya menangis masa tu sebab takut . Rasa trauma bersalin masih ada . Huhu :')

Saya terus ajak hubby pergi hospital . Sampai lebih kurang pukul 9 dekat wad kecemasan . Menunggu hampir 4 jam , baru dapat jumpa doktor . Doktor cakap ada maybe ada infection and dia suruh saya pergi ke dewan saringan bersalin untuk jumpa doktor kat situ . Saya tanya , kena masuk wad ke . Dia cakap yes , and maybe kena bukak jahitan tu semula , dressing sampai infection tu baik and jahit balik . Ya Allah , dalam lif ke dewan saringan tu tumpah lagi air mata ni . Rasa takut , trauma semua ada . 

Dekat dewan saringan bersalin , saya jumpa balik dengan doktor yang VE saya masa bersalin hari tu . Dia tekan bengkak tu , serius leaking katanya . Tapi dia kata takde pun terbuka jahitan macam doktor wad kecemasan cakap . Ada gap kecik 0.5 cm je katanya . Dia rujuk lagi 2 doktor , dorang kata dressing je and cover antibiotik . Saya tanya kena masuk wad ke ? Dorang cakap tak perlu . Tapi kena dressing dekat klinik hari-hari . Ahhh leganya ... Esoknya , saya pergi dressing dekat klinik Rozikin . Klinik Kesihatan tak bukak sebab masih raya kan . Doktor cakap benda ni common . Memang ramai ada masalah macam ni . Dia offer antibiotik yang lebih baik . Dia cakap kalau antibiotik sesuai dalam masa 3 hari dah baik . And dia bagi ubat sapu , ubat cuci , gauze and tape untuk saya dressing sendiri kat rumah . Ahh lagi senang daripada nak pergi klinik hari-hari kan . Hari pertama and kedua still banyak lagi nanah keluar , masuk hari ketiga dah tinggal sikit . Masuk hari keempat terus kering . 

Luka ni kena jaga baik-baik . Masa mandi kena air pun takpe . Tapi lepas mandi , kena lap kering-kering , cuci pakai ubat yang doktor bagi or air mineral pun boleh , sapu ubat and cover pakai gauze . Tapi selalunya doktor tak bagi banyak , so kena beli sendiri dekat farmasi . Lepas luka ni baik , melecet lah pulak sebab tape tu melekat habis . Sakit betul masa nak tanggalkan . Sehari dressinglah dua kali , pagi and petang or malam . In shaa Allah , dalam masa 3,4 hari dah baik . Doktor Klinik Rozikin tu pun cakap , selalunya kalau jahitan terbuka sikit , dia takkam jahit semula sebab masa ceaser doktor akan jahit berlapis-lapis . So , even kulit luar terbuka , kulit yang dalam dah bercantum . Memng rasa takut sangat bila benda ni jadi , sebab sedara sekeliling semua bersalin normal , kalau ada pun yang ceaser dorang tak pernah alami luka ceaser bernanah ni . So , actually saya nak tekankan , takde apa pun . Just kena pergi check , dressing dengan betul and banyakkan berehat . 

With Love ,
XOXO , RA

Muka takut dekat wad kecemasan HSI 😰

Sabtu, 3 Ogos 2013

Muhammad Firash Ukasyah

Salam 1 Malaysia .

Wah , mood ceria je kan seminggu dah tak update blog nih . Dalam masa seminggu ni macam-macam yang jadi pada saya . And , alhamdulillah saya dah selamat melahirkan putera sulung saya , Muhammad Firash Ukasyah pada 29hb July / 20 Ramadhan pukul 11:06 malam hari tu . Ukasyah lahir seberat 3.3kg dan lahir secara ceaser . Baby tak nak keluar ikut pintu nak ikut tingkap , doktor cakap . Haha :) So , ni nak cerita sikit pengalaman bersalin ceaser saya ....

Pagi 28hb July 2013 , Ahad , 10:00 pagi saya dah pergi menyerah diri di Hospital Sultan Ismail . Orang ramai , so kena tunggu sampai pukul 11:30 baru saya di induce , masuk ubat dan 12:30 masuk wad . Saya dah mula rasa sakit contraction , tapi masih tak teratur sehinggalah petang suami datang melawat , barulah rasa sakit tu datang 5 minit sekali . Check bukaan rahim , hampa :( baru bukak 2 cm . Malam lebih kurang pukul 10 malam , check bukaan lagi , hampa juga :( still 2 cm .

Saya tak boleh tidur semalaman . Rasa sakit yang datang 5 minit sekali tu betul-betul mengganggu tidur saya . Dan akhirnya check bukaan sekali lagi pada pukul 7 pagi . Ya Allah , hampir bengkak miss V saya akibat proses VE yang berterusan . Hampa lagi dan lagi :( bukaan baru 3 cm . Tapi disebabkan saya dah terlalu sakit , doktor suruh bersedia bila-bila masa untuk ke labour room . Pukul 9 pagi , saya kehabisan air mineral and paksa suami datang hantar . Saya mula muntah-muntah . 9:30 pagi , nampak saja muka suami , blueeekkk , amik kau muntah hijau . Saya terus ditolak ke labour room .

Labour Room : 10:00 pagi . Ketuban saya dipecahkan . Saya di induce kali kedua . Bukaan dah 4 cm . Lailahaillah . Sumpah memang sakit masa doktor pecahkan ketuban tu . Dan bermula lah episod azab dalam hidup . Kesakitan yang sebelumnya memang dah tak tertahan , meningkat 3 kali ganda . Mulut saya tak habis-habis sebut subhanallah . Gas yang disediakan untuk buat rasa sakit berkurang memang dah tak mempan lagi bagi saya . Suami sampai menangis kat sebelah tengok keadaan saya . Menjelang petang , saya dah betul-betul tak tahan lagi . Rasa bersalah juga sebab sempat marah suami . Saya paksa dia jumpa doktor untuk terus operate saja sebab saya memang dah tak ada  tenaga . Bayangkan , saya sudah menanggung sakit daripada tengah hari semalam , tak tidur semalaman , and muntah hijau lagi pagi tu . Saya redha . Kesakitan yang saya rasa mungkin sebab besarnya dosa saya selama ni . :')

9:00 malam . Doktor pakar masuk . Saya kena check bukaan lagi . Bukaan baru 5cm . Ya Allah , sepanjang hari saya dah di VE lebih 4 kali . Saya betul-betul dah tahan lagi . Doktor pakar cakap , kalau pukul 10:00 malam , bukaan masih 5cm saya akan terus di ceaser . Satu jam tu saya rasa macam setahun . Finally , pukul 10:05 malam , saya kena VE lagi . Masih lagi 5cm . Doktor kedua pula nak double comfirm . Kat situlah yang saya hampir maki doktor tu . Dah takde bukaan tu sudah lah . Jangan seksa saya lagi . Saya dah betul-betul sakit . Doktor tu agak marah , tapi saya dah tak kesah sebab saya yang menanggung rasa sakit tu . 

10:15 malam . Saya dibawa ke bilik bedah . Sepanjang saya dibaw ke sana , saya terkencing-kencing menahan contraction tu . Akhirnya , saya dibius separuh badan . Dan alhamdulillah , pukul 11:06 malam , lahirlah putera sulung saya , Muhammad Firash Ukasyah . Saya hampir menangis bila dengar suara dia menangis sejurus dikeluarkan . Ya Allah , betapa syukurnya saya bila dah tengok wajah dia dalam keadaan mamai macam tu . Menggigil badan menahan sejuk . 12:30 pagi , saya dipindahkan ke wad . Alhamdulillah , semuanya selamat . So , ni lah dia gambar putera saya pada pagi dia dihantar pada saya . :)

Jumaat, 26 Julai 2013

Menghitung Hari :)

Pagi-pagi Buta Sabtu 27/07/2013

Assalamualaikum wbt . Nak jerit jap , huwwwaaaa !!! Dah masuk hari sabtu dah . Means , esok dah kena pergi hospital untuk serah diri dibersalinkan , boleh gitu ? :') Alahai rasa cepat pulak masa ni berjalan kan ? Lagi 11 hari nak raya dah . So macam mana persiapan raya mesti meriah kan . Baju raya mesti tak lari 2,3 pasang . Saya takde rezeki lah nak pakai baju raya lagi tahun ni . Sebenarnya termasuk tahun ni dah hampir 6 tahun tak rasa meriahnya raya . First sebab dah besar , so tak dapat duit raya lagi . Second , sebab tiap-tiap tahun kerja . This year pulak cuti bersalin . So , sama je . Kesian kan ? -.-

Berbalik pada tajuk utama menghitung hari ni , alahai tak dapat nak gambarkan persaan sekarang ni . Teruja ada , takut ada , kompiusss pon ada jugak ni . Risau jugak nanti apa nasib saya dalam LR nanti . Larat ke saya nak tanggung rasa sakit tu ? Lama ke saya ambil masa untuk bersalin ? Normal ke Czer ? Aduh , macam-macam dalam hati ni . Tu yang buat blog ni macam diari kan . Boleh jugak luah perasaan . Nak luahkan dekat orang lain , mesti dia akan bagi macam-macam nasihat , which is akan buat saya lebih berserabut . Opsss :D

So , buat masa ni cuma mampu pujuk hati untuk REDHA jelah kan . Jalan yang Allah tentukan untuk kita pastinya jalan yang terbaik kan ? Doakan saya ye . Mudah-mudahan saya dan baby dalam kandungan ni selamat , sihat dan dalam keadaan yang baik . In shaa Allah :')

With Love , RA
XOXO

Khamis, 25 Julai 2013

Stress Ketika Hamil

Salam 1 Malaysia :)
Ok , pagi-pagi buta ni saya nak share sikitlah pengalaman dan perasaan yang tak seberapa ni pasal Stress Ketika Hamil . Saya pasti ramai kat luar sana sama macam saya kan ? First time preggy . And untunglah kalau dapat tunjuk ajar daripada mak , nenek , mak sedare , kakak etc . Tapi macam saya ni , anak perempuan tunggal , dengan sedare pon tak rapat , tanya mak dia kata dah lupa , alahai malang kann ? So memang encik google jelah yang banyak membantu .

Bila kita first time preggy , dapat tau hari ni esoknya mesti dah excited nak pegi buat buku check up pregnancy kat klinik kesihatan kan ? Saya pon macam tu . Bulan ke2 preggy dah pegi buat . Sebenarnya memang baguslah sebab kita boleh pantau daripada awal . Tapi orang-orang yang lebih senior cakap , better buat lambat sikit jelah . Kalau tidak memang 2 minggu sekali annual leave habis kat klinik kesihatan ajelah ye :)

Ok , berbalik pada stressssss semasa hamil . Yup , orang hamil ni tersangatlah sensitif . Perubahan hormon katekan . Saya masa awal preggy ok je taklah stress sangat sebab bekerja kan , takde masa nak banyak fikir . Tapi lately bila dah start cuti , tapi tak bersalin lagi , dah lepas due pulak tu , memanglh tersangatnya stress . Bukan ape , dalam masa sehari lebih 10 orang call , mesej , whatsapp , line , wechat huhhh tanya dah bersalin ke belum . Stresssssnya !!! 

Nak cerita kat hubby , taknak lah tambah pressure dia . Dia pun ada tekanan sendiri dengan pertanyaan kawan-kawan and masalah kat tempat kerja . So , sampai satu masa , saya burst all out punya . Nangis sensorang sepuas hati :') But still tak membantu jugak sebab saya yang memang ZERO bab pregnancy ni teramatlah risau bila baby tak banyak gerak . Risau sangat bila orang cakap bila baby tak banyak gerak takut dia terbelit tali pusat -,- haihh pressure kan ?

Betullah orang cakap , lain kali bila kita kira last period day , tambahkan lagi seminggu . Jangan bagi masa ngam-ngam . Tu lah , takde sapa nak bagi guidance kan masa tu , so semuanya pakai hentam . Bila dah lepas due ni , dah takde check up lagi dengan klinik kerajaan . Dia bagi date selepas 6 hari selepas due untuk pegi check bukaan rahim dekat hospital . Hah , disebabkan stress yang melampau , hari kedua selepas due saya dah pegi check . Fuhhh , memang takut . Nurse tanya kenapa datang , saya cakap je sebab contraction , padahal takde pun . Saya cuma nak pastikan my lil baby dalam ni selamat .

Sekali check belum ada bukaan daaa .. Tapi takpe sebab at least saya tau yang baby selamat , jantung ok . Selepas balik tu , saya rasa LEGA sangat tau ! Tapi malangnya , doktor tambahkan masa lagi 3 hari . So , total 9 hari selepas due kalau kita tak bersalin jug memang kena induce / bersalin paksa lah . So , 9 hari saya pada hari ahad ni . Do pray for me ok ! Thanks !

With Love ,RA
XOXO

Selasa, 23 Julai 2013

Set Bersalin Amway Tropikal Herbs Pilihan Saya 😘

Salam .. Hai semua . Kali ni saya nak update pulak pasal perjuangan saya nak memilih dan membeli set bersalin ni . Ye lah , first timer kan mesti banyak nak kena amik kira contohnya fungsi , kegunaan and yang paling penting ongkosnyaaa lah ! 

Saya banyak buat survey and tanya encik google apa set bersalin yang terbaik . And dipendekkan cerita antara shortlist saya adalah set bersalin Nona Roguy ( NR ) , Tanamera and Amway Tropical Herbs ni . Sebenarnya banyak lagi , saya pilih 3 teratas je lah ye - ni pada pendapat saya je lah . Saya belum pernah cuba pon semuanya . Ahaks >,<

And , finally pilihan saya adalah set bersalin Amway ni . Nak tau kenapa ? First , sebab untuk orang yang hamil pertama kali macam saya , mestilah kena ada set lengkap dengan bengkung , param , pilis , etc . And secondly , harga set bersalin ni lebih murah ! <~~ ni sebab utama . Haha :D

Ok , dah selesai memilih jenama , kena fikir pulak nak beli kek mano set ni ? Saya pon menjelajah lah dari satu blog ke satu blog yang jual set bersalin ni . Rata-ratanya harga RM275 and keatas . Kalau ada yang murah sikit pon + postage sama je harganya . Haiihhh :'( naik pening jugak saya dibuatnya . Akhirnya , saya umumkanlah kat facebook , manelah tau ada kawan-kawan agen amway , boleh jugak beli dengan harga ahli + takde kos postage kann ? Haha biasalah nama pon perempuan kan , mesti nak carik yang paling murah gitu :p

Tapi , yang pm saya semuanya nak saya jadik downline dorang ( -,-)" membership + harga set bersalin pon jejak RM300 jugak kan ? And esoknya , terjadilah miracle dalam hidup saya bila tiba-tiba one of chinese manager kat tempat kerja saya offer set bersalin tu dengan member price , siap hantar kat rumah lagi . Horreeeyy !! Happy giloss kot bila semuanya dipermudahkan , Alhamdulillah Ya Allah . Tak sampai 3 hari , saya dapat dah set bersalin ni :) 

Emm , ada jugak kawan- kawan tanya boleh tak tolong belikan set ni untuk dorang . In Shaa Allah kalau ada yang betul- betul nak saya boleh usahakan . Tapi , area Johor Bahru je lah ye and syaratnya kena datang amik sendiri . Kalau jauh tu , faham- faham je lah postage tanggung sendiri . 

Okbai ,
With Love , RA
XOXO

Mempercepatkan Proses Kelahiran :)


Berapa lamakah proses kelahiran yang normal?


Soalan ini agak sukar dijawab. Proses kelahiran secara amnya dikira daripada kontraksi yang pertama dapat dirasa, atau apabila air ketuban pecah. 

Walau bagaimanapun, doktor menghitung tempoh proses kelahiran dari masa serviks terbuka sebesar tiga hingga empat sentimeter. Ini dikira sebagai permulaan "fasa aktif" atau "mantap" dalam proses kelahiran. Menjelang masa ini, anda mungkin sudah mengalami kontraksi yang agak sakit selama beberapa jam. Mungkin anda sudah terjaga sepanjang malam. Bagi anda, proses kelahiran dirasakan sudah "aktif" bagi tempoh yang begitu lama! 

Anak pertama lazimnya suka mengambil masanya sendiri. Jumlah masa purata proses kelahiran bagi bayi pertama ialah lapan jam, jadi ia boleh mengambil jangka masa lebih atau kurang dari itu, tetapi kemungkinan amat kecil yang proses kelahiran pertama anda akan mengambil masa lebih daripada 18 jam.

Wanita yang pernah bersalin sebelum itu selalunya mengalami proses kelahiran yang lebih pendek daripada wanita yang bersalin untuk pertama kali, tetapi keadaan berbeza antara indvidu. Jika ini bukan bayi pertama anda, masa purata bagi fasa aktif ialah lima jam. Kemungkinan ia akan mengambil lebih daripada 12 jam adalah sangat kecil.

Ia bukanlah perkara yang lebih baik bagi anda dan bayi jika proses kelahiran itu bergerak cepat. Sebenarnya, proses kelahiran yang terlalu pantas boleh meletihkan secara fizikal dan emosi. 

Pada fasa aktif, mungkin ada satu jam atau lebih di mana anda akan mengalami sedikit kemajuan, diikuti oleh waktu kemajuan lebih. Doktor atau bidan anda patutnya memeriksa anda setiap empat jam dan bukan setiap satu atau dua jam. Ini telah dibuktikan boleh mengurangkan jumlah pembedahan caesarean yang tidak benar-benar diperlukan. Walau bagaimanapun, setiap doktor juga mempunyai cara mereka sendiri, oleh itu pastikan anda bincangkan perkara ini dengan doktor anda semasa temu janji pranatal anda.

Namun begitu, jika serviks anda tidak terbuka pada kadar sekurang-kurangnya setengah sentimeter setiap jam dalam jangka masa empat jam, bidan anda mungkin akan memanggil doktor untuk membincangkan cara mempercepatkan proses kelahiran.

Mempercepatkan proses kelahiran dipanggil augmentasi

Sesetengah hospital mempunyai polisi yang mana mereka akan cuba mempercepatkan kelahiran jika serviks tidak terbuka pada kadar satu sentimeter sejam. Walau bagaimanapun, setiap wanita itu unik, dan kesejahteraan serta pilihan anda harus dipertimbangkan apabila membuat keputusan mengenai perkara ini. 

Doktor anda mungkin memeriksa anda semula selepas dua jam untuk mengesahkan samada proses kelahiran benar-benar menjadi semakin lambat sebelum mengambil tindakan lanjut.


Apakah yang menyebabkan proses kelahiran menjadi lambat?

Kerana pelbagai sebab. Individu banyak berbeza dan ianya sangat natural jika seorang wanita mengalami proses kelahiran yang cepat dan seorang lagi, lambat. Adakala proses kelahiran berjalan lambat sebab ibu itu terasa amat tegang. Perasaan takut boleh membuat hormon kelahiran kacau-bilau.

Proses bersalin mungkin lambat kerana:
  • posisi bayi anda;
  • kontraksi tidak berapa kuat;
  • pelvis ibu bukan mempunyai bentuk atau saiz yang sesuai.

Satu per empat wanita dilahirkan dengan bentuk pelvis yang lebih mirip pelvis lelaki (pelvis android), yang menyebabkan bayi lebih cenderung mengambil posisi belakang-ke-belakang. Kombinasi ini boleh melambatkan dan menyukarkan lagi proses kelahiran.

Namun biasanya proses kelahiran mungkin lambat tanpa sebarang sebab tertentu. 

Ingatlah, serviks mengambil masa lebih lama bagi untuk terbuka bagi lima sentimeter pertama berbanding lima sentimeter kedua. Ini kerana, apabila kontraksi menjadi lebih kuat, serviks akan terbuka dengan lebih cepat.


Bolehkah saya mempercepatkan proses kelahiran dengan sendiri?

Jika doktor bertanya samada anda mahu kelahiran dipercepatkan, ambillah sedikit masa dan bertanyalah beberapa soalan. Selagi bayi anda selamat sempurna dan serviks anda membuka, walaupun dengan perlahan, anda mungkin merasakan adalah baik untuk membiarkan keadaan begitu saja. Anda mungkin berpuas-hati dengan cara lembut kelahiran itu bergerak, serentak dengan badan anda dan bayi anda. 

Atau, anda sudah merasa letih sehingga merasakan amat terdesak untuk melahirkan secepat mungkin. 

Untuk mempercepatkan kelahiran, terlebih dahulu cubalah teknik-teknik natural:
  • Jika anda berbaring di katil dalam bili bersalin, bangun. Pergerakan mungkin menguatkan kontraksi dan menolong anda menanganinya.
  • Berjalanlah ke tandas - pundi kencing yang penuh boleh melambatkan proses kelahiran anda kerana ia menghalang penurunan kepala bayi anda.
  • Mandi air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin (birthing pool) - ini mungkin mengurangkan keperluan mengambil ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran anda.
  • Cuba terapi alternatif. Ada bukti menunjukkan akupunktur atau hipnosis semasa proses kelahiran mengurangkan keperluan untuk augmentasi.

Langkah-langkah mudah berikut mungkin cukup untuk anda mempergiatkan perjalanan kelahiran anda:
  • Cuba teknik-teknik pernafasan atau relaks jika anda teramat cemas.
  • Minta rakan kelahiranThe role of a labour partner untuk mengurut belakang anda, ataupun kaki jika anda sedang duduk di atas kerusi. 
  • Jika anda tidak mahu disentuh, cuba dengar muzik yang menenangkan.Makan dan minum apabila anda rasa perlu. Makanlah sedikit snek (seperti roti bakar) dan minum air atau minuman isotonik supaya anda tidak ternyahhidrat. Walau bagaimanapun, kebanyakan hospital tidak menggalakkan ini dan hanya membenarkan beberapa teguk air tawar sebab mereka tidak mahu perut anda menjadi penuh sekiranya anda akan perlu dibedah (kelahiran caesarean). Berbincanglah dengan doktor semasa temu janji antenatal anda.
  • Tukar posisi anda. Apabila kontraksi menjadi semakin kuat, anda mungkin tidak mahu berjalan-jalan tetapi bidan atau jururawat anda boleh menolong anda mencari posisi yang lebih selesa.
  • Hayunkan punggung dan bongkok ke hadapan semasa kontraksi untuk membantu rahim anda menolak bayi dengan kuat ke atas serviks.
  • Minta jururawat atau bidan menerangkan apa yang sedang berlaku. Jika anda merasa terlibat dan dalam keadaan relaks ini akan membuat proses kelahiran itu lebih mudah dikendalikan dan sakit juga lebih senang ditahan.


Patutkah air ketuban saya dipecahkan?

Doktor anda mungkin mencadang supaya dipecahkan ketuban air untuk mempercepatkan proses kelahiran. Untuk melakukan ini, dia akan membantu anda baring atas katil dan kemudian menanggalkan bahagian hujung katil supaya punggung anda terletak di penghujungnya. Dia mungkin meminta anda meletakkan kaki dalam sanggurdi, atau anda hanya diminta membukakan kangkang luas. 

Doktor anda akan menggunakan alat plastik yang panjang dengan cangkuk (semacam cangkuk crochet) dan membuat potongan kecil di membran. Ramai wanita mengatakan prosedur ini tidak selesa tapi tidaklah sakit, walaupun mereka gembira apabila dapat bangun semula selepas ianya selesai.

Doktor akan memeriksa denyutan jantung bayi anda dengan rapi menggunakan Sonicaid atau trompet telinga untuk memastikan pemecahan ketuban air tidak mengakibatkan bayi menjadi cemas. Memecahkan ketuban pada permulaan proses kelahiran tidak ada sebarang kesan ke atas jangka masa proses kelahiran. Tetapi, jika fasa aktif proses dilambatkan, memecahkan ketuban boleh memajukannya semula dan memendekkan tempoh sebanyak satu jam.

Anda akan dapati bahawa kontraksi menjadi semakin kuat setelah kesemua air ketuban memecah. Bersedialah untuk berusaha giat dengan pernafasan dan senaman untuk relaks, atau minta doktor memberi anda pelega kesakitan jika anda memerlukan bantuan tambahan. 


Apakah tujuan menggunakan drip hormon?

Jika bergerak-gerak tidak berkesan untuk mempercepatkan proses kelahiran anda, dan memecahkan ketuban air tidak banyak membawa efek, doktor anda mungkin mencadangkan drip untuk membuat kontraksi ylebih efektif. Ini diberi nama drip Syntocinon dan mengandungi bentuk tiruan hormon kelahiran, oksitosin. 

Jika anda diberi drip Syntocinon, denyutan jantung bayi akan diawasi berterusan dengan sensor elektronik yang dipasangkan ke perut anda atau klip yang dipasangkan pada kepala bayi anda. Pengawasan berterusan adalah disyorkan sebab Syntocinon boleh terlalu merangsangkan uterus, menyebabkan kontraksi yang kuat dan kerap dan ini mungkin membuat bayi cemas. 

Setelah anda diberi Syntocinon, anda akan mendapati yang anda mungkin memerlukan bantuan dari ubat melegakan sakit supaya dapat menahan kesakitan kontraksi tiruan ini. Atas sebab ini, doktor anda mungkin menawarkan epidural sebelum drip Syntocinon dimulakan.

KopiPasta
With Love , RA
XOXO

Peringkat - Peringkat Melahirkan Anak :)


Peringkat-peringkat melahirkan anak

Pelahiran dibahagikan kepada peringkat pertama, kedua dan ketiga. Dalam peringkat pertama pelahiran, leher rahim – serviks – akan mengembang hingga 10 sentimeter dan ianya terbahagi kepada tiga fasa, awal, aktif dan peralihan. 


Fasa awal

Fasa awal kadang-kala dinamakan sebagai tempoh terpendam atau prapelahiran. Uterus mula mengecut atau menegang dengan tepat. Kontraksi akan menjadi lebih sakit, bukan seperti kontraksi Braxton Hicks yang tidak kekal dan tidak sakit. Setiap wanita mempunyai ritma dan rentak pelahirannya sendiri. Sesetengah daripada mereka mungkin tidak sedar akan kontraksi awal dan hanya menyedarinya apabila serviks mereka telahpun mengembang beberapa sentimeter. Apabila serviks mula membuka, posisinya dalam pelvis anda akan berubah iaitu bergerak ke hadapan. Ia akan menjadi lembut dan memberi, yang bermakna ia akan menjadi lebih nipis dan lebih anjal. Sentuh hidung anda: ia keras dan berotot. Sekarang, sentuh bibir anda: ia lembut dan meregang. Serviks anda pada mulanya akan keras seperti hidung anda dan kemudian menjadi lembut dan meregang seperti bibir anda. 


Apa yang anda boleh lakukan 
Anda mungkin boleh membuat kerja ringan dalam rumah, keluar bersiar-siar, menonton DVD, mandi air panas atau tidur sebentar. Relaks sebanyak yang anda boleh. Makan snek ringan dan minum banyak cecair. Ingat untuk selalu membuang air kecil. Jika anda sukar menghadapi kontraksi, cuba gunakan urutteknik-teknik berelaks, mandi air panas di samping cuba mencuba beberapa posisi yang anda rasa selesa. Jika anda mahu menggunakan mesin TENS, gunakan semasa fasa awal sebab kesan yang terbaik adalah apabila ia digunakan pada permulaan pelahiran. 


Fasa aktif

Mengikut doktor, anda berada dalam pelahiran aktif apabila serviks anda telah mengembang atau membuka sehingga empat sentimeter. Kontraksi anda akan menjadi lebih kuat dan kerap. Ia juga akan menjadi lebih panjang. Lama-kelamaan, ia akan menjadi semakin kerap iaitu setiap tiga hingga empat minit dan berlangsung selama kira-kira 60 saat – dan berasa sangat tegang. 


Apa yang anda boleh lakukan 
Anda perlu ke hospital apabila anda dan teman pelahiran anda merasakan anda akan lebih selesa di situ berbanding di rumah. Kontraksi akan dirasakan seperti datang bertindih-tindih. Cuba bekerjasama dengan badan anda. Apakah yang ia cuba beritahu anda? Adakah anda akan berasa lebih selesa dalam posisi yang lain? Adakah anda perlu mengambil minuman atau sedikit makanan untuk mendapatkan tenaga? Adakah anda perlu ke tandas? Adakah anda memerlukan maklumat lanjut daripada doktor anda untuk menyenangkan hati anda? 

Latihan pernafasan dan teknik-teknik berelaks menjadi amat berguna pada masa ini dan suami anda boleh membantu dengan mengingatkan bagaimana untuk melakukannya. Anda boleh cuba mengambil sedikit gas dan udara untuk menentukan sama ada ia boleh digunakna untuk mengurangkan kontraksi. 

Jika air ketuban anda tidak pecah, cuba mandi air panas – air panas akan membantu anda dengan mengurangkan rasa sakit pelahiran. 

Kadang-kala, dalam pelahiran, serviks akan mengembang secara perlahan-lahan atau berhenti terus. Cuba ubahkan persekitaran anda; berjalan-jalankan di sepanjang koridor hospital boleh membantu anda (anda mungkin memerlukan bantuan untuk berjalan dan mungkin anda memerlukan sandaran semasa mengalami kontraksi). Jika anda terlalu letih untuk berjalan, anda boleh meminta suami anda mengurut anda untuk membantu anda relaks. Duduk atau baring di bahagian sisi anda. Kadang-kala, menangis akan mengurangkan tekanan emosi dan membantu anda "melepaskan" perasaan. Jika air ketuban anda belum lagi pecah, doktor anda mungkin akan mencadangkan untuk memecahkannya akan mempercepatkan pelahiran. Berwaspadalah sebab apabila air ketuban telah tiada, kontraksi akan menjadi lebih sakit. 

Jika anda mendapati bahawa perkara yang anda lakukan untuk membantu anda tidak dapat mengurangkan kontraksi, anda boleh memilih untuk mengambil petidina atau epidural

Peralihan

Semasa fasa peralihan, serviks mengembang dari lapan hingga 10 sentimeter. Kontraksi akan berlarutan sehingga satu setengah minit dan berlaku setiap dua hingga tiga minit. Anda mungkin akan menggigil, menggeletar dan sakit. (Atau anda mungkin tidak berasa itu semua!) Kebanyakan wanita melaporkan bahawa mereka mengalami kontraksi yang sangat sakit, tekanan rektum dan dorongan untuk menolak. Selalunya di peringkat inilah kebanyakan daripada mereka akan hilang keyakinan diri walaupun mereka tetap mahukan pelahiran yang aktif atau normal. Pada masa inilah, galakan daripada teman pelahiran anda adalah penting. 


Apakah yang anda boleh lakukan 
Sentiasa beringat bahawa anda sudah hampir melahirkan. Gunakan masa antara kontraksi untuk berehat dan relaks. Semasa kontraksi, dapatkan posisi yang paling sesuai dengan anda. Pastikan pernafasan anda beritma seberapa yang boleh (tarik nafas melalui hidung anda dan hembus perlahan-lahan melalui mulut) dan jika anda mahu menjerit, meraung dan membuat bising – jangan teragak-agak, lakukan saja! 


Peringkat kedua

Apabila serviks anda sudah mengembang sehingga 10 sentimeter, kerja dan keseronokan peringkat kedua akan bermula. Inilah peringkat pelahiran apabila rahim anda menolak bayi anda ke bawah vagina (kadang-kala dinamakan laluan pelahiran) ke dunia dan akhirnya, anda akan bertemu dengannya buat kali pertama. Selalunya terdapat masa rehat pada akhir peringkat pertama apabila kontraksi berhenti atau semakin jarang, dan anda dan bayi anda boleh berehat seketika. Apabila kontraksi bermula semula, anda akan merasakan tekanan dari kepala bayi anda antara kaki anda. Dengan setiap kontraksi dan setiap tolakan, bayi anda akan bergerak sedikit ke bawah melalui vagina anda, tetapi pada akhir kontraksi, dia akan bergerak ke atas semula! Jangan kecewa. Selagi kepala bayi anda terus bergerak ke bawah setiap kali kontraksi berlaku, anda boleh yakin bahawa anda menguruskan semuanya dengan baik. Apabila kepala bayi anda jauh ke bawah di pelvis anda, perineum (kawasan di antara rektum dan vagina) akan mula terbonjol. Dengan setiap kontraksi, setiap tekanan dari kepala bayi akan meregangkan perineum dan pembukaan vagina. Anda mungkin akan merasakan sensasi yang panas dan mencucuk, dan doktor anda akan mengatakan bahawa kepala bayi anda sudah mula "memuncak" atau kelihatan. Semasa kepala bayi anda mula keluar, doktor anda akan meminta anda berhenti menolak dan mencungap dengan perlahan-lahan. Ini membantu memastikan bayi anda dilahirkan dengan baik dan perlahan-lahan, dan akan mengurangkan risiko koyakan. Jika anda pernah bersalin sebelum ini, peringkat kedua mungkin akan mengambil lima atau 10 minit sahaja. Jika ini bayi pertama anda, selalunya ia akan mengambil selama satu jam tetapi doktor anda akan mahu menguruskan peringkat ini secara aktif supaya anda tidak perlu menunggu sehingga satu jam. 


Apakah yang anda boleh lakukan 
Turutlah badan anda dan tolak hanya apabila anda mempunyai dorongan yang kuat. Cuba jangan menahan nafas anda semasa anda menolak. Tolak selama mana yang anda mahu. Kemudian, tolak sekali lagi. Anda akan mendapati anda menolak beberapa kali (bukan hanya sekali) dengan setiap kontraksi. Cari posisi yang anda selesa tetapi beringatlah untuk cuba menggunakan graviti dengan berdiri, melutut atau mencangkung. Anda akan berasa sangat letih pada masa ini. Jika anda perlu berbaring, baring di sisi kiri anda. Ini akan menyediakan ruang yang lebih besar dalam pelvis anda bagi bayi berbanding dengan duduk atas katil sebab anda tidak menolak coccyx (tulang tongkeng) ke hadapan. 

Jika anda mengambil epidural, dengarlah nasihat doktor anda mengenai bila masanya untuk menolak. Dia akan mencadangkan supaya anda tidak menolak sehingga dia dapat melihat kepala bayi anda muncul. 


Peringkat ketiga

Apa yang berlaku 

Pada peringkat ketiga, anda, anda akan melahirkan plasenta - sistem sokongan hidup bayi yang membekalkan bayi anda dengan nutrien dan mengeluarkan sisa buangan. Selepas bayi dilahirkan, kontraksi akan berterusan selepas beberapa minit tetapi sakitnya sudah berkurangan. Kontraksi ini akan menyebabkan plasenta terpisah dari uterus dan jatuh ke bawah ke bahagian bawah rahim anda. Anda mungkin akan berasa mahu menolak, tetapi tunggulah arahan dari doktor atau bidan anda. Plasenta, bersama membran bagi beg kosong berisi air akan turun ke bawah dan keluar melalui vagina anda. Doktor anda akan memeriksa plasenta dan membran tersebut untuk memastikan bahawa tiada yang tertinggal di dalam rahim. Dia akan memeriksa perut anda untuk melihat sama ada uterus anda mengecut dengan kuat untuk mengawal pendarahan di tempat plasenta terlekat. 

Melahirkan plasenta selalunya mengambil masa dari lima hingga 15 minit sebab doktor anda akan menguruskan peringkat ini secara aktif untuk mengelak berlakunya pendarahan yang terlalu banyak. Kebanyakan wanita terkejut dengan betapa mudahnya untuk melahirkan plasenta berbanding dngan menolak bayi anda keluar. Anda akan dapat melihat organ yang menyokong bayi anda sepanjang kehamilan. 

Apa yang anda boleh lakukan 
Anda mungkin tidak sedar akan peringkat ketiga ini sebab fokus anda akan beralih kepada bayi anda. Memandang dan memegang bayi anda, dan memberikannya buah dada anda akan merangsang hormon yang membantu memisahkan plasenta. 

Sekarang, apabila pelahiran telah berakhir, anda mungkin menggeletar, disebabkan adrenalin dan penyesuaian yang mula dilakukan oleh badan anda, atau anda akan berasa sangat seronok, sedia untuk mendukung bayi anda dan menari keliling bilik. Sesetengah wanita akan mendapati mereka sukar menumpukan perhatian kepada bayi mereka jika mereka telah mengalami tempoh pelahiran yang panjang. Ini tidak bermakna mereka kurang gerak hati keibuan; mereka hanya sangat keletihan. Jika ini berlaku kepada anda, berilah masa yang wajar. Selepas berehat, anda akan lebih berminat untuk mengenali bayi anda. Kebanyakan wanita akan berasa sangat lapar dan ingin mengambil snek dan minuman. 

KopiPasta 
With Love , RA
XOXO

Isnin, 22 Julai 2013

Throwback : Apabila saya disahkan HAMIL !!

November 2012 : 4 Bulan Selepas Bernikah 

So , nak dipendekkan cerita , dalam seminggu dua lepas saya on duty dekat bookfair kedai buku tempat saya kerja , saya start rasa nak pitam kalau berdiri lama . Saya ada jugak muntah2 tapi taklah kerap . Masa tu macam terfikir jugak , preggy ke saya ni ? So , nak dijadikan cerita saya pon PAKSA lah hubby dpegi beli pregnant test kat 7Eleven . Tak rela betul muka dia masa tu . Haha ;D

Then , balik tu cepat-cepatlah test kan . Tapi hampess sebab -ve . Hubby ada tegur macam ada double line . Tapi samar-samar . Saya taknak lah dia berharap sangat so saya cakap dekat dia " taklah , memang -ve . Bukan rezeki kita lagi " Nampak sangat muka dia kecewa kan . Apa den nak buekk :')

Dalam masa seminggu tu , saya suka betul makan NANAS tau . Kalau jumpa pakcik kemboja yang jual nanas keliling kampung tu , saya boleh beli and habiskan sampai 3 bungkus ! Hari-hari pun tekak nak makan pizza hawaiian chicken je . Haishh .. Masa tu memang tak fikir ape lah sebab tak tau kita preggy , buat test pon -ve , so bantai je lah kan ! -,-

At the same time , ecewahh speaking , haha :) saya still rasa tak sedap badan , rasa nak pitam and muntah2 . Bila dah jadi makin teruk sampai manager pun tegur , dia bagi saya surat pegi check kat panel klinik . Klinik ni pon bijak jugak keruk duit kan , doktor tu syorkan saya buat pregnancy test lagi , tapi tambah duit sendiri (-..-) grrrr ... padahal dia dah charge company , tapi still nak charge kita lagi . Ngekk betul ! 

Bincang dengan hubby , dia kata buat je lah kan . Ishh , tak best betul bagi dia harapan ni . Kalau -ve lagi  tak sampai hati betul nak menghadap muka kecewa dia :'3 So , at last buat jugak . Pembantu klinik buat urine test and still dia cakap " -ve lah doktor " . Haihh kecewa lagi :(  Tapi , tiba-tiba .... Jengjengjeng

Ceh , cam suspen sangat pulak eh . Haha :) Sebelum dia nak buang pregnancy test tu , dia cakap dekat doktor tu " tapi doktor macam ada double line samar-samar lah " . Dia amik benda tu and bagi doktor tengok . Doktor tu senyum , and akhirnya keluarlah kata-kata keramat dia yang buatkan saya menangis . HAMPIR ye , tak nangis lagi . Haha :) Doktor tu cakap " lah , ni maknanya awak memang pregnant ! Tahniah ! Kadang-kadang urine kita cair so tak dapat accurate result " Alhamdulillah , Ya Allah .

Bila saya keluar daripada bilik doktor , hubby terus sibuk  tanya result . At first , saya kononnya nak lah buat surprise , tapi yelah kan isteri mithali tak sampai hati nak tipu suami . Ahaks >,< So , saya cakaplah resultnya +ve and dia nangis . Ok taklah nangis meraung-raung , tapi mengalir lah jugak air mata jantan dia tu :') Akhirnya , saya dapat jugak buat dia happy kan . Just ralat sebab TERmakan banyak nanas and air gas dalam seminggu dua tu . Selamat tak jadi apa-apa .

So , that's my precious moment . What about yours ? 
With Love , RA 
XOXO









Salam Perkenalan :)

Assalamualaikum wbt ...

Alhamdulillah tercapai jugak impian nak ada blog sendiri . Happy ! :) Biasalah tengok orang ada kita pon nak jugekk kan ? hewhew . Ok post kali ni lebih kepada sesi memperkenalkan diri . Nama saya Rozanna Abdullah , seorang isteri dan bakal ibu dalam masa yang sangat terdekat ni ! Berumur 23 tahun , seorang yang periang , kelakar dan in shaa Allah akan menjadi sahabat yang baik kepada semua . Promote diri sendiri , boleh gitu ? Haha :D

Sebenarnya banyak lagi saya nak reveal tentang diri sendiri tapi rasanya lebih baik awak semua kenali saya dengan follow blog saya kann ? Barulah nampak true colour saya yang sememangnya warna-warni ni . Haha :) Saya harap perkongsian saya dapat memberikan manfaat untuk semua . Salam Sayang 😘 RA